Norshamsul Abd Razak
ialah sahabat kita yang sedang menuntut di UiTM Perlis dalam kursus Diploma Pengurusan Perladangan. Beliau disahkan mengidap
Kanser Tulang Femur Kanan
. Beliau masih boleh diselamatkan melalui satu pembedahan yang memerlukan kos
RM45,000.00
. Sayangnya, beliau tidak mampu untuk menanggung kos tersebut dan terpaksa menyerahkan nasib beliau kepada takdir (beliau anak peneroka, 7 orang adik-beradik). Pihak Majlis Perwakilan Pelajar telah diamanahkan untuk menjalankan kutipan derma bagi membantu beliau. Marilah kita menyumbang sekadar yang termampu, semoga dengan sedikit sumbangan kita itu bakal memberikan harapan untuk beliau meneruskan kehidupan ini. Sumbangan boleh dibuat melalui cek berpalang atau money order atas nama
NORSHAMSUL BIN ABDUL RAZAK
, nombor kad pengenalan
801009-01-6915
dihantarkan terus ke: TABUNG NORSHAMSUL, Bilik Gerakan MPP, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Tingkat 4 Bangunan Budi Siswa, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam. (Jika anda mempunyai online journal atau laman web, sila khabar-khabarkan berita ini di dalam online journal/laman web anda. Terima kasih.)
27 OGOS 2002
•
respon?