MAJLIS TERTINGGI

Yang Dipertua

• mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) dan mesyuarat semua exco
• mengesahkan minit mesyuarat dan penyata kewangan
• membuat kenyataan umum bagi pihak pelajar UiTM
• mempunyai undi pemutus dalam menentukan keputusan majlis
• berhak memecat mana-mana exco bila keadaan memerlukan

Timbalan Yang Dipertua

• memangku tugas Yang Dipertua semasa ketiadaan beliau
• menjalankan amanah yang diserahkan kepadanya oleh Yang Dipertua

Naib Yang Dipertua

• akademik & fakulti: memantau dan mengawalselia Biro Latihan & Akademik serta Biro Aduan & Kebajikan
• hal ehwal pelajar: memantau dan mengawalselia Biro Sukan & Rekreasi serta Biro Kesenian & Kebudayaan
• pembangunan insan: memantau dan mengawalselia Biro Agama & Kerohanian
• perhubungan luar: memantau dan mengawalselia Biro Informasi & Multimedia serta Biro Tugas-Tugas Khas

Setiausaha Agung

• menyemak minit mesyuarat yang disediakan oleh Penolong Setiausaha
• menyemak surat-menyurat yang disediakan mana-mana exco MPP
• menyemak rekod & inventori MPP
• memastikan gerakan dan tindakan yang diputuskan mesyuarat dijalankan
• mengeluarkan notis peringatan dari semasa ke semasa

Penolong Setiausaha Agung

• membantu tugas Setiausaha Agung
• Penolong Setiausaha I: menyimpan rekod dan inventori
• Penolong Setiausaha II: menyediakan minit mesyuarat dan gerakan
• Penolong Setiausaha III: menguruskan surat-menyurat dan tindakan

Bendahari Kehormat

• memungut dan menguruskan wang bagi pihak MPP
• menyimpan resit dan sebarang rekod kewangan bagi tujuan pelarasan
• menjadi penasihat belanjawan bagi program anjuran MPP
• menyediakan penyata kewangan tahunan 

Penolong Bendahari Kehormat

• membantu tugas Bendahari Kehormat

 

MAJLIS EKSEKUTIF

Biro Latihan & Akademik

• mengambil tahu isu-isu akademik
• menganjurkan program bersifat pendidikan dan motivasi
• menjalankan usaha perkembangan intelektual mahasiswa

Biro Aduan & Kebajikan

• melayan aduan pelajar
• mengenalpasti dan mencari jalan menyelesaikan masalah pelajar
• menjaga kebajikan pelajar

Biro Sukan & Rekreasi

• menganjurkan aktiviti sukan dan rekreasi
• membantu penganjuran Sukan Antara Fakulti dan Sukan Antara Kolej
• memastikan kemudahan sukan di universiti mencukupi

Biro Kesenian & Kebudayaan

• menganjurkan aktiviti kebudayaan dan kesenian
• menjalinkan hubungan baik dengan persatuan/kelab berasaskan kebudayaan dan kesenian
• memastikan kemudahan seni/budaya di universiti mencukupi

Biro Agama & Kerohanian

• menganjurkan program berbentuk keagamaan
• memastikan keadaan surau di kolej/fakulti dalam keadaan baik
• mencari jalan mengatasi gejala sosial dan keruntuhan akhlak siswa

Biro Informasi & Multimedia

• menerbitkan buletin MPP
• mengeluarkan poster dan notis berkaitan program MPP
• mengedarkan carta organisasi MPP

Biro Tugas-Tugas Khas

• menjalin hubungan diplomatik dengan UiTM kampus cawangan dan universiti lain
• membantu biro-biro lain yang memerlukan tenaga kerja
• mencari penaja untuk program anjuran MPP